RIADAH
Denai Utama Taman Tugu terdiri daripada Green (1.5 KM), Yellow (1.5 KM), White (1.0 KM) dan Orange (1.0 KM) dengan jumlah keseluruhan 5.0 KM. Terdapat juga Denai Tapak Semaian Blue yang berasingan sepanjang 1.0 KM.
Bergantung kepada masa dan tahap kecergasan anda, anda boleh memilih untuk berjalan keseluruhan laluan 5 KM atau hanya laluan 1 KM.
Masuk ke semua denai adalah percuma.
Peta laluan-laluan denai hutan disediakan di permulaan laluan dan di “checkpoint” tertentu di sepanjang laluan denai.
Ikutlah halatuju yang terpapar di setiap papan tanda “checkpoint” berdasarkan laluan anda ingini.
Anda disaran untuk mengambil gambar peta laluan supaya senang dirujuk sambil merentasi denai.