AKTIVITI-AKTIVITI DI TAMAN
RIADAH


Laluan-laluan denai hutan Taman Tugu amat sesuai bagi individu yang baru kepada aktiviti merentas hutan dan semua peringkat umur.
Jumlah kejauhan laluan Hijau, Kuning dan Putih adalah lebih kurang 4km. Berdasarkan tahap kesihatan dan kelapangan masa, anda boleh memilih untuk merentas hanya sejauh 1.5km atau 3.0km dari jumlah keseluruhan, ataupun merentas laluan “Nursery” yang sejauh 1km sahaja.


Peta laluan-laluan denai hutan disediakan di permulaan laluan dan di “checkpoint” tertentu di sepanjang laluan denai.
Ikutlah halatuju yang terpapar di setiap papan tanda “checkpoint” berdasarkan laluan anda ingini.
Anda disaran untuk mengambil gambar peta laluan supaya senang dirujuk sambil merentasi denai.
MAKAN-MAKAN


Gerai-gerai dibuka di Tapak Semaian (Nursery) Taman Tugu setiap hujung minggu dan hari cuti umum dari pukul 7.00 pagi hingg ke 1.00 tengah hari.


Terdapat pelbagai gerai-gerai makanan berdekatan Madrsah Bustanul Ulum yang dibuka Isnin-Jumaat dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 petang.


Makluman terkini akan diberi di sini – Nantikannya!
Program & Aktiviti


Program Pendidikan Alam
Program sepanjang 2 jam ini merupakan sebuah aktiviti luaran interaktif yang ditaja oleh Bank CIMB Islamic


Zumba Rimba
Sebuah aktiviti senaman yang menyeronokkan. Berlangsung setiap hari Sabtu pada pukul 8.00 pagi.


Aktiviti Penanaman Pokok Korprat
Makluman terkini akan diberi di sini - Nantikannya!

