Taman Tugu

Jadilah Penaja Korporat Kami

Bagaimana Sumbangan anda akan membantu kam

Segala bantuan dan sokongan anda mempunyai impak berpanjangan terhadap ruang hijau bandar seluas 66 ekar ini, yang sudah tersedia untuk kebaikan orang ramai.

Walaupun pembiayaan selama 3 tahun telah diperuntukkan kepada Amanah Warisan Negara (AWAN) bagi menampung operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan komuniti Taman Tugu, AWAN turut bertekad untuk beroperasi secara bebas tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.

Nota : 75% daripada dana-dana bagi kawasan hijau ternama seperti Central Park, New York, diperoleh daripada hasil sumbangan derma.

Sumbangan anda akan membantu untuk memastikan denai-denai Taman Tugu sentiasa diselenggara dengan baik dan kemudahan yang tersedia di Taman Tugu kekal berfungsi bersih sepanjang tahun. Belanjawan operasi turut merangkumi kos penyelenggaraan taman, pokok-pokok, krew keselamatan, kemudahan, pengurusan sisa, pengaktifan ruang dan penglibatan dengan komuniti yang kurang bernasib baik.

Akhir sekali, sokongan dan sumbangan ikhlas anda akan membantu mengekalkan warisan semula jadi kami, dan akan dikecualikan cukai di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Penaja Korporat Kami

Scroll to Top