AMBIL ANGKAT ELEMEN-ELEMEN TAMAN TUGU
Ambil Angkat Pohon
Lebih kurang 4,100 pohon pokok hutan hujan tempatan telah pun ditanam semula di sepanjang laluan denai Taman Tugu. Pohon-pohon ini kini boleh diambil angkat untuk selama-lamanya (“into perpetuity”) atau secara tahunan(“annual”).
Pohon-pohon tersebut adalah setinggi 10 kaki (3m) dan anda akan diberi peluang untuk memasangkan sebuah plak yang besertakan mesej anda.
Ambil Angkat Bangku- Bangku Taman
Terdapat sejumlah bangku-bangku taman yang telah disediakan di sepanjang laluan denai hutan Taman Tugu, supaya para pengunjung dapat berehat seketika apabila merentasi laluan-laluan denai tersebut
Bangku-bangku taman ini boleh diambil angkat untuk selama-lamanya atau seacara tahunan.
Anda juga akan diberi peluang untuk memasangkan sebuah plak yang besertakan mesej anda.
Ambil Angkat Buai-Buaian Taman
Anda semua tentu telah perasan yang kami telah sediakan beberapa set buaian di sepanjang laluan denai Taman Tugu.
Buai-buai taman ini juga boleh diambil angkat untuk selama-lamanya atau seacara tahunan.
Anda juga akan diberi peluang untuk memasangkan sebuah plak yang besertakan mesej anda.
Ambil Angkat "The Shed" Ruang
“The Shed” kerap digunakan untuk aktiviti-aktivit seperti yoga, zumba, dan majlis keramaian sosial.
Dengan mengambil angkat ruang ini, sebuah organisasi akan diberi hak penamaan untuk ruang tersebut.
Telah diambil angkat oleh:





Ambil Angkat "The Kiosk"
Telah diambil angkat oleh:





Ambil Angkat Gazebo CP13 & CP30
Gazebo-gazebo ini sememangnya menjadi tumpuandi kalangan pengunjung dewasa dan kanak-kanak sesama sekali. Ia merupakan sebuah persinggahan rehat yang menarik dan sangat “instagrammable.”
Organisasi yang mengambil angkat gazebo-gazebo ini akan diberi hak untuk memaparkan branding dan mesej-mesej mereka pada papan-papan tanda yang disediakan di gazebo-gazebo tersebut.
Telah diambil angkat oleh:





Ambil Angkat laluan-laluan denai hutan Taman Tugu
Kini Taman Tugu mempunyaim
beberapa laluan denai, seperti Laluan Hijau (1.5km), Laluan Kuning (1.5km) dan Laluan Nursery (1km).
Dengan mengambil angkat laluan-laluan denai di Taman Tugu, sebuah oraganisasi akan hak penamaan ke atas laluan denai
tersebut.
Telah diambil angkat oleh:




