AKTIVITI-AKTIVITI DI TAMAN
RIADAH
Laluan-laluan denai hutan Taman Tugu amat sesuai bagi individu yang baru kepada aktiviti merentas hutan dan semua peringkat umur.
Jumlah kejauhan laluan Hijau (1.5km), Kuning(1.5km) dan Putih(1.0km) dan jingga (1.0km) adalah lebih kurang 5km.
Berdasarkan tahap kesihatan dan kelapangan masa, anda boleh memilih untuk merentas hanya sejauh 1.5km atau 5.0km dari jumlah keseluruhan, ataupun merentas laluan “Nursery” yang sejauh 1km sahaja.
Kemasukan ke laluan denai hutan adalah percuma.
Peta laluan-laluan denai hutan disediakan di permulaan laluan dan di “checkpoint” tertentu di sepanjang laluan denai.
Ikutlah halatuju yang terpapar di setiap papan tanda “checkpoint” berdasarkan laluan anda ingini.
Anda disaran untuk mengambil gambar peta laluan supaya senang dirujuk sambil merentasi denai.